Wednesday, January 26, 2011

...meninggalkan Tagasan buat sementara waktu...

esok kerjaya aku sebagai jurulatih akan bermula...meningalkan smk tagasan semporna ke Keningau...1 perjalanan yang sangat jauh..namun apa kan daya, tugas dan tanggungjawab perlu dipikul...harap-harap esok berjalan lancar..perjalanan pun lancar...SMK Apin-Apin Keningau, nantikan kedatangan Skuad MSS Tenggara esok akan tiba..membawa seribu semangat....kikiki...aku jak la yang semangat, student aku?...

Sunday, January 23, 2011

...makan cili padi...

kusangkakan hujan di tengahari, rupa-rupanya, ribut petir juga yang melanda..pembuka kata,soal bicara...aik!..apa yang aku merepek ne..kikiki...cerita bermula semalam...asal mesyuarat jak mesti makan cili..sepa yang terasa pedas?...semua yang terlibat...siapaka mereka?..diurgla!...sebagai Guru Permulaan terpaksa menelan rasa cili padi yang pedas..tapi bagi aku itu tidak jadi masalah..sebab aku suka makan cili yang pedas-pedas...hehe...tapi kesian juga dengan pren aku 1 urang 2.sampai nama pun disebut..rasa-rasanya, kami semua makan cili..kenyataan..PK1 langsung tidak masuk akal..apakah yang menyebabkan beliau melepaskan cili dengan kami..kalo disebabkan ingin berjumpa dengan beliau, rasanya, beliau kena la paham dari segi masa kami juga..jadual waktu berbeza-beza...komitmen pn berbeza-beza...bagi aku tidak patut la beliau bercakap sedemikan rupa..kata profesional..tetapi di manakah terletaknya profesional itu?...tanya diri sendiri....aku suda nekad Tagasan bukan bererti ko kenal dengan haiwan agas tetapi penuh dengan cili padi...so, sentiasa la makan cili padi lepas ne...

Thursday, January 20, 2011

...cross the country...

hari ini jak nda masuk kelas, sebab terlibat dengan kejohanan Merentas Desa peringkat MSS Daerah Semporna di SMKA Tun Sakaran...alhamdulillah! syukur kepada Ilahi, berkat usaha semua pelajar dan Cikgu Morni  serta Cikgu Hartini akhirnya, sekolahku di nobatkan juara keseluruhan..dimana semua acara berpasukan lelaki bawah 18 tahun, perempuan bawah 18 tahun dan bawah 15 tahun di menangi..hanya 1 acara sahaja tidak dapat ditawan iaitu lelaki bawah 15 tahun..itu pun disebabkan kuota bawah 15 tahun tidak cukup..tapi yang penting menang...

hehe...gue tersenyum lebar tadi pagi ke sekolah...oleh kerana menjuarai peringkat daerah, maka secara automatik aku juga akan mengiringi mereka ke peringkat negeri yang akan diadakan di Keningau..tempat si Arthur bhai 2...hehe...

nampak gayanya, tepaksa la berkorban untuk sukan dulu..budak-budak kelasku terpaksa di tinggalkan sekejap...hehe...sudahlah budak PMR lagi...aduh!..penat mo kejar topik pengajaran nanti..nda pa, cabaran!...kita sahut itu cabaran...

dijangkakan 26hb akan bertolak ke KENINGAU..aramaiti!..doakan yang terbaek untuk daerah SEMPORNA....

Sunday, January 16, 2011

...Nike Air Rejuven8 Mule 2...

alhamdulilalh....sandel Nike Air Rejuven8 Mule 2 bakal dimiliki tidak lama lagi..suda oder dari en. H...makaseh byk2 bro...ori...made in china...harga pasaran RM200...kaki ku nda sabar mo pakai bha...laju-laju la sampai wahai sandel Nike Air Rejuven8 Mule 2.. =)

Friday, January 14, 2011

...merentas desa tagason..

esok bermula aktiviti kokurikulum yang pertama di Tagasan....aku ditugaskan sebagai ketua kecergasan fizikal...bermaksud aku akan mengetuai senamrobik...fuh!..tapi tidak apa, aku sahut cabaran..aku sudah sediakan lagu dan senamrobik yang aku rasa xda masuk akal...hehe...jaga2 la cikgu2 Tagasan, pasti ada yang sakit pinggang akibat menggelek macam inul...hahaha...

Tuesday, January 11, 2011

...pening sementara...

...mencari RPT untuk MP Sejarah, PJK, & SIvik...

then...

Tadi pagi, ada ceta best...jam menunjukkan 6.55, sedang khusyuk mengajar PJK form 5..tiba2 kelihatan pelajar berlari tanpa baju...seluar sekolah...hahaha..tergelak sekejap..rupa-rupanya pelajar tersebut tidak bawa baju...hebat juga cikgu Morni..sekali pandang macam tahanan pusat serenti, da la semua pelajar kepala botak..
plan2 pun mo buat macam tu ngan student yang tidak bawa baju...apa macam?..=P

Sunday, January 9, 2011

...Cikgu Nurjhan Hussham..

alhamdulilah, seminggu menjalankan tugas di Smk Tagasan, kini aku memegang jawatan sebgai guru kelas bagi 3D...tapi itu baru 1, ada banyak lagi sedang menanti..tapi apa yang pasti sebagai guru kelas 3D...aku juga bersyukur kerana diberi jadual mengikut opsyen...form 3 SEJARAH, form 5 PJK+Sivik...kikiki...neway thanks to Allah...namun cabaran juga menanti, peratus markah sejarah tahun lepas jatuh, so tahun nie kena naik...hrmm....try la dulu kan...yang penting senyum selalu =)

Sunday, January 2, 2011

selamat Tahun Baru 2011

selamat tahun baru buat keluargaku, diriku, sahabat-sahabatku dan buat terchinta...semoga perjalanan hidupku pada 2011 lebih bermakna dan dirahmati..amin